Wednesday, November 21, 2012

KHIDMAT SEMASA DAN SELEPAS JUALAN

Pastikan anda memberikan maklumat yang betul berkaitan barangan yang hendak dijual. Kongsikan pengetahuan anda berkaitan cara membaikpulih dan sebagainya dengan pelanggan. Berikan juga solusi untuk setiap masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Bermanis muka dan ramah sentiasa semasa berurusan dengan pelanggan.

Pastikan setiap barangan yang dijual berada dalam kondisi yang terbaik. Jika ada sebarang kerosakan kecil seperti karat dan kemek, pastikan anda memberitahu dahulu kepada pelanggan anda. Jika mereka tidak dengan hati terbuka menerima kekurangan barangan yang ingin diniagakan maka kenakan harga yang lebih murah dan berpatutan. Jika pelanggan menolak untuk membeli barangan tersebut, anda harus menerimanya dengan tangan yang terbuka. Sekurang-kurangnya anda telah berlaku jujur dengan menerangkan kekurangan barangan tersebut.

Sentiasa pastikan anda menjual barangan yang berfungsi dengan menguji sendiri barangan tersebut di depan pelanggan. Contohnya anda hendaklah menguji lampu pendaflour dan pastikan ia menyala.

Khidmat selepas jualan juga perlu dititik beratkan. Seandainya barangan dikembalikan kerana berlaku kerosakan akibat kecuaian pembuatan dikilang, anda harus menggantikan barangan tersebut dengan barangan yang baru dan berfungsi. Anda boleh mengembalikan barangan ini kepada pembekal barangan tersebut untuk mendapatkan barangan yang baru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.