Wednesday, November 21, 2012

TALI MESIN RUMPUT

Boleh dibeli secara pukal iaitu sekotak/segulung atau secara runcit iaitu per meter.
Kegunaan
Digunakan pada mesin pemotong rumput

PROMOSI PERNIAGAAN

Promosi perniagaan boleh dilakukan secara mulut ke mulut. Mungkin kaedah ini tidak mendatangkan hasil dalam sekelip mata namun apabila reputasi kedai anda telah bermain di bibir pelanggan, perniagaan anda akan menjadi lebih kukuh.

Jika anda mempunyai wang tambahan, anda bolehlah mencetak risalah atau mengiklankan perniagaan anda di media cetak atau elektronik.

MODAL PERNIAGAAN

Modal yang diperlukan adalah bergantung kepada saiz perniagaan. Anda tidak perlu meminjam untuk terus membuka perniagaan yang besar kerana anda akan berisiko mengalami kebankrapan jika perniagaan anda tidak pulang modal.

Seeloknya mulakan dengan perniagaan yang kecil dengan modal permulaan anda sendiri. Besarkan perniagaan anda apabila anda mempunyai modal yang cukup dan setelah anda mendapat keyakinan daripada pelanggan-pelanggan tetap anda.