Wednesday, December 1, 2010

CAT EMULSI/SIMEN @ 'Emulsion Paint'


Maklumat Produk : Tin (7 Liter, 18 Liter)


Kegunaan : Digunakan untuk kegunaan dalaman dan luaran bagi permukaan dinding bersimen plaster, bumbung (siling), asbestos, papan kertas dan lembut serta pelbagai permukaan bersimen. Memberi kemasan yang menarik dan tahan serangan kulat.

Cara Mengecat :

  1. Permukaan dinding yang hendak dicat mestilah bersih, kering dan bebas dari sebarang kekotoran.
  2. Bersihkan segala kulat atau permukaan yang rapuh mengunakan berus serabut kasar dan air mengalir.
  3. Sapukan cat alas simen untuk permukaan yang belum bercat/baharu. Cat alas simen adalah cat emulsi yang berwarna putih yang digunakan sebagai lapisan asas.
  4. Larutkan sebanyak 20-25% dengan air mengikut keporosan permukaan.
  5. Kacau kandungan cat dengan rata sebelum mengecat menggunakan berus, penggolek atau penyembur.
  6. Sapukan 2 lapisan cat untuk hasil yang terbaik. Pengeringan cat mengambil masa selama 2 jam.

Nota : Keluasan permukaan bagi setiap 1 Liter cat adalah meliputi 11 meter persegi. Formula pengiraan untuk keluasan ialah Luas (meter persegi) = Lebar (meter ) X Panjang (meter). Hanya air digunakan untuk pembersihan dari sisa-sisa cat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.