Tuesday, March 1, 2011

JENIS-JENIS PAIP


PAIP PVC
Diperbuat daripada polivinil klorida.
Jenis kelabu dan putih.
Ringan, tahan karat dan mudah untuk dikendalikan.
Saiz berdasarkan diameter paip -1/2", 3/4", 1", 1 1/4", 1 1/2", 2", 3" dan 4".
Pelbagai ketebalan - Kelas 6 (tebal), Kelas O, Kelas D (biasa).
Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah. Tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.

Nota :
Paip 1/2" dan 3/4" biasanya digunakan untuk paip agihan.
Paip 1 1/4" digunakan untuk paip buangan singki basuh muka.
Paip 1 1/2" digunakan untuk paip buangan untuk singki basuh pinggan.

PAIP POLI
Diperbuat daripada 'high density polyethylene' atau HDPE.
Tahan karat, elastik, liat, tahan lasak, tidak reput dan boleh lentur.
Saiz ditentukan berdasarkan diameter (1/2", 3/4", 1", 2" dll.)
Digunakan untuk pemasangan paip di bawah permukaan tanah, konkrit dinding dan lantai.

PAIP BESI BERGALVANI (Paip B.G./Paip G.I.)
Diperbuat daripada keluli bersadur zink.
Saiz yang biasa digunakan di rumah ialah 1/2" dan 3/4".
Hujung paip diulir untuk tujuan pemasangan dan penyambungan.
Digunakan untuk pemasangan paip di bawah permukaan tanah, konkrit dinding dan lantai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.