Tuesday, March 1, 2011

Cara Mengecat Semula Dinding Simen

Bahan/Peralatan :
Cat Emulsi/Simen
Penggolek/Roller
Bekas Cat
Batang Kayu/Besi
Galah Cat
Air
Reja Kain

Langkah-langkah :
#1
Buka penutup cat dengan menggunakan pemutar skru rata.

#2

Kacau larutan cat dengan rata.


#3
Jika terlalu pekat, tambahkan air dan kacau rata.
#4

Setelah dikacau, tuangkan larutan cat ke dalam bekas cat.
#5

Golekkan pengolek di dalam bekas cat. 
Pastikan kuantiti cat yang diserap penggolek tidak terlalu banyak.
 #6
Golekkan penggolek dari arah bawah ke atas. Sapukan cat secara rata pada permukaan dinding.
 #7
.
Bagi mengecat bahagian tepi dinding, mulakan dengan beberapa golekkan melintang sebelum dikemaskan dengan golekkan secara menegak.
#8

 Nota :
Sambungkan penggolek pada galah cat untuk mengecat dinding yang tinggi.
Lilitkan hujung galah cat dengan perca kain untuk mengetatkan sambungan dengan penggolek.
Rendamkan penggolek di dalam air kemudian keringkan.



No comments:

Post a Comment