Reka bentuk premis perniagaan dapat menarik minat pelanggan untuk mengunjungi sesebuah premis. Reka bentuk yang praktikal dan tidak terlalu ekslusif diaplikasikan untuk perniagaan kedai barangan binaan yang meletakkan kumpulan sasar merangkumi penduduk setempat, tukang-tukang rumah/paip dan kontraktor kecil/sederhana. Rekaan premis ini juga menjimatkan kos untuk proses ubahsuai.
Walau bagaimanapun, bagi premis yang menyasarkan pelanggan yang berpendapatan tinggi dan berada di lokasi ekslusif seperti berhampiran/di dalam kawasan pasaraya besar, konsep premis tertutup dan berhawa dingin ini dapat diaplikasikan. Kebiasaanya, premis yang tertutup dan berhawa dingin ini akan menjual barangan lebih mahal berbanding kedai biasa disebabkan kos sewa premis, kos upah, kos penyelenggaraan dan bil-bil utiliti yang lebih tinggi.
Hussin Mamat Hardware mempunyai premis perniagaan yang agak biasa, terbuka dan praktikal untuk memudahkan pergerakan pekerja dan pelanggan di dalam kawasan premis.Konsep premis terbuka dan berkelengkapan asas seperti kipas, lampu, tandas dll. adalah pilihan terbaik untuk kumpulan sasar Hussin Mamat Hardware iaitu penduduk setempat yang berpendapatan rendah/sederhana, tukang-tukang paip/cat/rumah dan kontraktor kecil/sederhana.
Reka bentuk premis yang tertutup dan berhawa dingin adalah tidak sesuai kerana akan mendatangkan perasaan takut/kurang selesa bagi pelanggan yang kebanyakannya datang dari tempat kerja mereka. Kebanyakan mereka takut untuk mengotorkan kawasan premis.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.