Tuesday, May 10, 2011

LOKASI PERNIAGAAN

Lokasi perniagaan menjadi penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah perniagaan. Pilihlah lokasi yang strategik dan berhampiran dengan jalan raya utama atau berhampiran kawasan yang akan dibangunkan oleh kerajaan.

Berdasarkan pengalaman pemilik Hussin Mamat Hardware, lokasi memainkan peranan utama. Setakat ini, kedai ini telah berpindah sebanyak tiga kali disebabkan pembangunan kawasan kedai oleh kerajaan dan ketiga-tiga lokasi tersebut masih tertumpu di sepanjang jalan utama iaitu Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.  

Ambil kira juga keadaan sosioekonomi penduduk setempat dan kewujudan kedai-kedai pesaing. Pastikan lokasi kedai anda dengan kedai pesaing agak jauh supaya perniagaan anda mampu beroperasi dengan lebih lancar.

Walaubagaimanapun, anda boleh membuka kedai berhampiran dengan pesaing tapi pastikan persaingan perniagaan berlaku dengan sihat. Jangan menawarkan harga yang terlalu rendah tanpa mengambil kira kos perniagaan seperti sewa kedai, bil-bil utiliti dan upah pekerja semata-mata untuk mecantas peluang pesaing. Keuntungan lumayan yang akan anda dapat dengan bertindak sebegini hanya sementara kerana anda berisiko bankrap dalam tempoh yang singkat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.