Tuesday, May 10, 2011

CAT PRIMER

Bertindak melindungi permukaan yang dicat dengan berkesan dan tahan lama. Harga cat ini lebih mahal berbanding cat alas simen yang biasa.
Kegunaan :
Mengecat permukaan plaster, simen, asbestos, konkrit dan lain-lain.
Cara Mengecat :
  1. Permukaan yang hendak dicat mestilah kering, bersih dan bebas daripada kekotoran.
  2. Tambahkan air jika perlu dan kacau dengan sempurna.
  3. Gunakan berus atau penggolek untuk mengecat.
  4. Satu lapisan adalah mencukupi. Dua lapisan digalakkan bagi permukaan dinding yang menyerap atau kasar.
Nota :
Tutup rapat bekas cat jika tidak digunakan.
Simpan di tempat yang dingin.
Bersihkan segera mana-mana tumpahan cat.
Jangan buang lebihan cat ke dalam sistem saliran.

No comments:

Post a Comment