Thursday, March 3, 2011

KERTAS LAS/PASIR - KAYU


Diperbuat daripada bahan jati seperti kayu api, gernet, kaca atau 
bahan tiruan iaitu silikon karbida dan aluminium oksida.
  Gred Kertas Las :
00 (paling halus); 0 dan1 (halus); 1 1/2 dan 2 (sederhana kasar); 2 1/2 dan 3 (kasar).
Kegunaan :
Digunakan untuk membersih, melicin dan menghilangkan kesan cacat atau tanda kecil pada permukaan kayu.

Cara Penggunaan :
  1. Gosok permukaan kayu dengan menggunakan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu.
  2. Naikkan urat kayu dengan membasahkan permukaannya menggunakan perca kain yang basah.
  3. Gosok kayu mengikut arah urat kayu.
  4. Bersihkan permukaan kayu dengan berus atau kain.

2 comments: