Monday, March 14, 2011

MINYAK PELINCIR

Kegunaan :
 Mencegah karat, mengurangkan geseran dan melicinkan pergerakan pada 
engsel, selak, pengunci pintu dan kerangka tingkap.

Cara Penggunaan :
  1. Kenalpasti bahagian yang perlu diminyakkan.
  2. Sediakan alatan dan minyak yang sesuai.
  3. Bersihkan bahagian yang hendak diminyakkan daripada kotoran dan habuk.
  4. Minyakkan bahagian yang telah dibersihkan.
  5. Gerakkan bahagian yang telah diminyakkan untuk meratakan minyak pada bahagian tersebut.
Nota :
Jangan gunakan minyak terlalu banyak pada bahagian yang diminyakkan.
Minyak pelincir yang meleleh pada bahagian yang diselenggara perlu 
dibersihkan dengan menggunakan reja kain.

Wednesday, March 9, 2011

SEPANA BOLEH LARAS

Kegunaan :
Membuka dan mengetatkan nat dan pili yang berlainan saiz.

Tuesday, March 8, 2011

GERGAJI POKOK

Kegunaan :
Digunakan untuk memangkas dahan dan batang pokok yang tidak dikehendaki.

KASUT GETAH

Terdapat kasut jenis bertali dan jenis sarung.  
Saiz biasa di pasaran 38, 39, 40, 41, 42. 

Kegunaan :
Melindungi kaki semasa bekerja.

TOPI MENGKUANG

Kegunaan :
Melindungi daripada terik matahari semasa bekerja.

PAPAN LAPIS @ 'Plywoods'

Terdiri daripada beberapa lapisan kayu nipis yang digam melintang 
antara satu sama lain dengan bilangan angka ganjil seperti 3, 5, 7 dsb.
Saiz pasaran - 3'X6', 3'X7', 4'X8'.
Mempunyai pelbagai ketebalan - 3 mm hingga 32 mm.
Kegunaan :
Digunakan untuk membuang dinding rumah.
Digunakan dalam proses membuat kotak tiang rumah.
 

SARUNG TANGAN


Diperbuat daripada getah, kulit atau kain.
Kegunaan :
Melindungi tangan semasa proses mengecat, membersih, pemotongan dsb.

CERMIN MATA PELINDUNG @ 'Goggles'


Terdapat cermin hitam dan cermin biasa.
Kegunaan :
Melindungi mata semasa proses pengimpalan, pemotongan dsb.

TOPENG ANTI DEBU @ 'Dust Mask'

Kegunaan :
Digunakan untuk mengelakkan dari debu dan habuk semasa bekerja.

BEKAS CAT

Kegunaan :
Digunakan untuk mengisi cat. 
Membantu memudahkan proses mengecat menggunakan penggolek cat @ 'roller'.

PENGIKIS CAT @ 'Scraper'

 Pelbagai saiz.
Kegunaan :
Membuang sisa-sisa cat lama sebelum proses mengecat bermula.
Menyumbat tepung penyumbat.
Mengikis karat pada keluli.

PENGGOLEK CAT @ 'Roller'

PENGGOLEK
Kegunaan :
Digunakan untuk meratakan cat simen pada permukaan simen/konkrit.
Kegunaan :
Digunakan untuk meratakan cat kilat pada permukaan kayu.


Nota :
Jika bulu penggolek telah rosak, tukarkan kepada bulu penggolek yang baru.
Bulu penggolek ini mestilah dibasuh dengan air untuk cat simen manakala turpentine untuk cat kilat.
Kemudian, keringkan dengan menggantung penggolek tersebut.

BERUS SYELEK

 Pelbagai saiz.
Kegunaan :
Digunakan untuk menyapu syelek pada permukaan kerja.

BERUS CAT

Pelbagai saiz - 3/4", 1, 1 1/2", 2", 2 1/2", 3", 3 1/2" dan 4".
Kegunaan :
Digunakan untuk menyapu cat pada permukaan kerja. 
Cara Penggunaan :
  1. Bersihkan permukaan kerja daripada habuk dan kekotoran.
  2. Sapu satu lapisan cat dan biarkan kering.
  3. Ulangi proses ini untuk mendapatkan hasil yang licin dan berkilat.

BREKET RAK @ 'Shelf Bracket'

Pelbagai saiz - 6"X8", 8"X10", 10"X12", 12"X14" dll.
Kegunaan :
Digunakan untuk membuat/meletakkan  rak pada dinding kayu atau simen.

KIT PEMASANGAN KUNCI @ '2-PCS INSTALLATION KIT

Mengandungi pembuat lubang kunci (saiz 2 1/8"), 
mata gerudi kayu (saiz 7/8") dan sebatang 'Allen Key' (saiz 5/32").
Kegunaan :
Digunakan untuk memudahkan pemasangan kunci pada pintu kayu.

KIKIR ASAH PETANI

Panjang kikir adalah 8". Mempunyai hulu yang memudahkan kerja mengasah.
Kegunaan :
Digunakan untuk mengasah peralatan pertanian/kebun seperti parang, golok, kapak dsb.
Cara Penggunaan :
Pastikan kikir berada dalam keadaan lurus. Betulkan kedudukan kikir jika ia membengkok.
Kerja mengasah mesti dilakukan dalam satu arah sahaja.

Monday, March 7, 2011

MATA PEMOTONG BESI/LOGAM

MATA PEMOTONG BESI
Kegunaan :
Digunakan untuk memotong besi/logam @ 'cutting'.

MATA MENCANAI BESI
Kepingan mata mencanai lebih tebal berbanding mata pemotong besi.
Kegunaan :
Digunakan untuk mencanai besi @ 'grinding'.

MATA PEMOTONG SIMEN

Terdapat pelbagai jenis bergantung kepada kelajuan operasi, kekerasan, 
ketumpatan dan kedalaman pemotongan.
Kegunaan :
Digunakan untuk memotong granit, batu kapur, batu pasir dsb.
Cara Penggunaan :
  1. Jangan gunakan mata pemotong simen untuk memotong besi/logam kerana ia boleh merosak dan menumpulkan mata pemotong. 
  2. Elakkan daripada membuat pemotongan secara melengkung, bersimpul atau memberi tekanan yang melampau pada mata pemotong. 

MATA PEMOTONG KAYU

Mata pemotong dihasilkan daripada tungsten karbida (TCT).
Kegunaan :
Dipasang kepada mesin pemotong untuk memotong kayu.
Cara Penggunaan :
  1. Pemasangan mata pemotong mestilah dilakukan secara berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kerosakan pada hujung mata karbida.
  2. Bersihkan mata pemotong daripada agen pengaratan, minyak, habuk dsb.
  3. Hujung karbida amat keras dan tahan lama namun elakkan sebarang calar pada matanya.
  4. Biarkan mesin pemotong mencapai halaju yang dikehendaki sebelum memulakan pemotongan. Lakukan pemotongan dengan berhati-hati.
  5. Elakkan memotong dengan mata pemotong yang tumpul. Dapatkan bantuan pakar untuk mengasah mata pemotong.

SKRU

Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum atau loyang.
Panjangnya ditentukan oleh bahagian yang masuk ke dalam kayu/logam.
Jenis skru - skru kepala bulat dan skru benam.
Kegunaan :
Skru kepala bulat digunakan untuk mencantumkan bahan berasaskan kayu serta proses memasang engsel dan breket dan bentuk kepalanya yang timbul digunakan sebagai hiasan.
Skru benam digunakan untuk mencantumkan bahan projek berasaskan logam.

KUNCI PAIP @ 'Stopcock'

Terdapat jenis plastik, besi  dan tembaga.
Pelbagai saiz. Saiz biasa 1/2", 3/4" dan 1".
Kegunaan :
Digunakan untuk mengawal air paip pada setiap sistem perpaipan yang dipasang. 
Biasanya diletakkan pada paip berhampiran meter air, tangki dan pili semburan mandi/'shower'.

GUNTING PENCANTAS POKOK @ 'Prunning Shears'

 
Pelbagai saiz - kecil/sederhana/besar.
Kegunaan :
Digunakan untuk memotong dan mencantas bahagian pokok yang tidak diperlukan.

GAM SILIKON/SERBAGUNA

 Kegunaan :
Sesuai untuk kegunaan dalam dan luar rumah.
Menghasilkan lekatan yang tahan lama, fleksibel dan kalis air pada permukaan kepingan logam, besi, penghawa dingin, papan tanda, plastik, kaca dsb.

Cara Penggunaan:
  1. Pastikan permukaan objek yang hendak dilekatkan kering, tidak berhabuk dan bebas dari gris/minyak/air.
  2. Bersihkan permukaan tersebut dengan menggunakan alkohol/pelarut lain. Tidak digalakkan menggunakan detergen, sabun atau air.
  3. Lekatkan pita kertas terlebih dahulu untuk mengukuhkan lekatan.
  4. Potong muncung gam secara 45 darjah pada keluasan lubang gam dikehendaki.
  5. Gunakan pistol katrij untuk meletakkan pada permukaan objek.
  6.  Biarkan kering.
  7. Gunakan mineral spirit untuk membersihkan sisa gam.
 
Pistol katrij
Amaran!
Jauhkan daripada terkena mata, mulut dan kulit.
Lakukan kerja lekatan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

Sunday, March 6, 2011

PENYODOK @ 'Spade'


 Terdapat penyodok yang berhulu kayu dan berhulu besi. 
Penyodok berhulu kayu boleh ditukar hulunya.
Penyodok berhulu besi lebih tahan lama.

Kegunaan :
Digunakan untuk memindahkan pasir/simen dan mengaul bancuhan simen.

KAYU GOSOK/EMPELAS PANJANG

Terdapat dalam panjang yang berbeza.
4', 4 1/2', 5', 6 1/2' dll.
Kegunaan :
Digunakan untuk merata dan melicinkan lapisan simen dengan lebih cepat.

BESI GOSOK/EMPELAS SIMEN

Diperbuat daripada besi.
Kegunaan :
Digunakan untuk meratakan permukaan simen yang diempelas.

PAPAN GOSOK/EMPELAS SIMEN

 
Diperbuat daripada kayu/plastik/kombinasi kayu dan plastik.
Kegunaan :
Digunakan untuk meratakan permukaan simen yang diempelas.
Papan empelas yang ditambah dengan span digunakan untuk memperkemas dan melicinkan lagi permukaan konkrit/simen. Kerja ini dipermudahkan dengan penggunaan sedikit air untuk melicinkan permukaan.

BALDI SIMEN

Pelbagai saiz, kualiti dan warna. Tahan lama.
Kegunaan :
Digunakan untuk mengangkut air/pasir dan membancuh simen.
Boleh juga dijadikan timba untuk mengambil air dari dalam perigi.

BATU ASAH

Diperbuat daripada aluminium oksida atau silikon karbida.
Kegunaan :
Digunakan untuk mengasah peralatan bermata tajam seperti pisau, kapak, parang, pisau toreh dsb.
Cara Penggunaan :
Gunakan batu asah  yang kering untuk mendapatkan hasil yang tajam pada alatan yang diasah.

PELOCOK

Kegunaan :
Digunakan untuk menyelenggara singki atau tandas yang tersumbat.
Cara Penggunaan :
Letakkan diafragma pelocok pada permukaan lubang yang tersumbat.
Tekan dan tarik pelocok untuk menolak kotoran keluar dari lubang tersebut.
Lakukan berulang kali sehingga lubang yang tersumbat berfungsi semula.

KLIP PAIP

Terdapat jenis plastik dan besi.
Pelbagai saiz - 1/2", 3/4", 1" dll.
Ukuran pilihan adalah berdasarkan batang paip yang digunakan.
Kegunaan :
Digunakan untuk melekatkan batang paip pada dinding kayu/simen.

GERGAJI PAPAN DINDING @ 'Wall Board Saw'

 Kegunaan :
Digunakan untuk membuat lubang untuk kerja-kerja pendawaian elektrik, perpaipan dan pengudaraan.
Boleh digunakan pada papan plaster, asbestos, konkrit poros, papan, papan lapis dll.

Saturday, March 5, 2011

SESIKU L

Saiz sesiku ditentukan oleh panjang bilahnya.
Kegunaan :
Menentukan kedudukan sudut tegak.
Menguji kepersegian.
Membuat garisan bersudut tegak.
Menguji kerataan permukaan kayu.