Monday, February 28, 2011

GAM TIKUS


Terdapat gam tikus yang berbau dan tidak berbau.

Kegunaan : 
Memerangkap tikus dan serangga seperti lalat dengan berkesan.

Cara Memerangkap Tikus :
  1. Ratakan gam pada sekeping papan nipis seluas 1 kaki persegi.
  2. Letakkan umpan ditengah-tengah papan tersebut.
  3. Letakkan papan tersebut di tempat yang selalu didatangi tikus-tikus.
  4. Biarkan papan tersebut sehingga ada tikus yang  terperangkap.
  5. Tikus yang terperangkap hendaklah dibunuh dan ditanam untuk mengelakkan bau.
  6. Buang sisa bulu tikus pada gam menggunakan api yang kecil.

Nota :
Gunakan umpan yang berlainan setiap kali memerangkap tikus.

No comments:

Post a Comment