Wednesday, December 1, 2010

TEPUNG PENYUMBAT @ 'Puttyfiller'

Maklumat Produk : Dipek berdasarkan berat (500g, 1.5kg). Bekas bertutup dan kotak.

Kegunaan : Bahan sedia guna bagi menampal permukaan luar dan dalam. Sesuai digunakan untuk menampal lekuk-lekuk dan permukaan yang tidak rata pada dinding 'drywall', plaster, kayu dsb.

Cara Penggunaan :
  1. Permukaan yang hendak disapu mesti dibersihkan dari habuk dan minyak.
  2. Gunakan pengikis atau spatula untuk sapuan. Jumlah lapisan (1 atau 2) yang diperlukan bergantung kepada keadaan permukaannya.
  3. Biarkan lebih kurang 15-20 minit untuk ia kering sebelum sebelum menggosok dan mengecatnya semula.
Nota : Selepas menggunakannya bahan ini mesti ditutup dengan ketat supaya ia tidak meruap. Jika ia menjadi keras, tambahkan sedikit air bagi melembutkannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.