Wednesday, December 1, 2010

CAT KILAT @ ' Gloss Finish'


Maklumat Produk : Tin (1 Liter, 3.5 Liter, 5 Liter)

Kegunaan : Digunakan untuk mengecat bahagian dalam permukaan kayu atau logam.

Cara Mengecat :

  1. Kawasan kerja mestilah kering dan bersih dari kotoran dan debu.
  2. Gosok menggunakan kertas pasir untuk mendapatkan permukaan yang licin.
  3. Sapukan cat alas sebelum mengecat jika permukaan tersebut belum pernah dicat atau masih baharu.
  4. Kacau cat kilat sehingga mendapat kelikatan yang sekata. Jika terlalu likat, campurkan pelarut 'turpentine' sedikit demi sedikit.
  5. Gunakan berus atau berus penggolek ('roller') untuk mengecat kawasan permukaan kerja.
  6. Biarkan permukaan tersebut kering sebelum membuat lapisan yang seterusnya untuk mendapatkan tona yang lebih cantik.

Nota : Berus atau 'roller' yang digunakan mestilah dibersihkan menggunakan pelarut 'turpentine'. Jangan rendam berus atau 'roller', sebaliknya keringkan dengan menggunakan reja kain agar ia tidak rosak.


No comments:

Post a Comment