Wednesday, December 1, 2010

CAT KEMASAN AUTO/CAT BESI @ 'Auto Finish'


Maklumat Produk : Tin (Biasa-1 Liter)

Kegunaan : Untuk kemasan yang profesional. Sila rujuk helaian data pengeluar sebelum mengecat komponen kenderaan anda.

Cara Mengecat :
  1. Nisbah bancuhan adalah 4:1 atau 4 bahagian cat dengan 1 bahagian pelarut 'thinner'.
  2. Kaedah penyemburan digunakan untuk mendapatkan hasil yang baik. Tekanan semburan adalah antara 40-65 psi (2.8-4.5 bar).
  3. Lapisan permukaan kenderaan hendaklah dicat sebanyak 2-3 lapisan. Setiap lapisan dibiarkan kering selama 5-10 minit sebelum disapu dengan lapisan yang berikutnya.
  4. Setelah lapisan terakhir disapu, permukaan kerja dibiarkan kering sekurang-kurangnya selama 16 jam.
Nota :
Jauhkan dari sumber bahan mudah terbakar.DILARANG MEROKOK. Jangan menyedut wap/semburan. Elakkan dari bersentuhan dengan kulit dan mata. Jangan buang sisa cat ke dalam longkang.

No comments:

Post a Comment