Wednesday, November 21, 2012

PEKERJA DAN PEMILIK

Wujudkan hubungan yang erat di antara pekerja dan majikan. Pekerja perlulah jujur, rajin, dan sanggup belajar dan berkongsi maklumat berkaitan barang-barang yang diniagakan. Pengetahuan yang luas mengenai barangan yang dijual akan menarik pelanggan untuk kembali berurus niaga di kedai anda.

Pastikan anda berkongsi pengetahuan dan cara-cara membaik pulih kerosakan atau mengecat dengan pelanggan-pelanggan anda. Pelanggan anda akan lebih menghargai perkongsian pengetahuan anda kerana mereka boleh melakukannya sendiri tanpa perlu mengupah orang lain sekaligus menjimatkan wang mereka!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.