Labels

Showing posts with label KERJA KAYU. Show all posts
Showing posts with label KERJA KAYU. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Bolt, Nat & Washer


Terdapat pelbagai jenis saiz dan bentuk
Saiz ditentukan berdasarkan panjang dan diameter (biasanya dalam ukuran inci)
Berminyak untuk mengelakkan karat

Kegunaan
Digunakan untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen.
Biasa digunakan untuk mengikat bahagian kerangka atas bumbung rumah.

Nota
Jika bolt. nat dan washer berkarat, rendamkan dalam larutan 'Thinner'.

Monday, September 5, 2011

SPANAR CINCIN


Pelbagai saiz dalam 1 set.
Kegunaan :
Digunakan untuk mengetat dan melonggarkan nat dan bolt.

UCO ARDEX

Murah dan senang dipasang
Mempunyai pelbagai saiz : 6', 7', 8' dll. 
Harga berbeza berdasarkan panjang
Mempunyai ketahanan yang tinggi.
Lebih berkualiti berbanding bumbung jenis zink.
Kegunaan : 
Digunakan sebagai kepingan bumbung rumah.

Friday, June 10, 2011

PENAHAN PINTU @ 'Door Stopper'

Kegunaan :
Digunakan untuk menahan pintu almari dan kabinet daripada terbuka.

Wednesday, April 27, 2011

KERTAS LAS/PASIR JENIS KAIN

 Tahan lama berbanding kertas las/pasir biasa. Kalis air.

Kegunaan :
Digunakan untuk membersih, melicin dan menghilangkan kesan cacat atau
tanda kecil pada permukaan kayu dan besi/logam.

Cara Penggunaan :
  1. Gosok permukaan kayu dengan menggunakan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu.
  2. Naikkan urat kayu dengan membasahkan permukaannya menggunakan perca kain yang basah.
  3. Gosok kayu mengikut arah urat kayu.
  4. Bersihkan permukaan kayu dengan berus atau kain.

Thursday, April 7, 2011

PEMBARIS KELULI

Saiz - 30 cm, 45 cm, 100 cm
Kegunaan :
Mengukur jarak dan memindahkan jarak.
Mengukur kerataan permukaan kayu.

Monday, April 4, 2011

SEPANA

Hujung sepana mempunyai diameter yang berbeza.
Kegunaan :
Mengetat dan melonggarkan bolt dan nat.

SEPANA HUJUNG TERBUKA

Hujung sepana mempunyai diameter yang berbeza. 
Kegunaan :
Mengetat dan melonggarkan bolt dan nat.

Tuesday, March 8, 2011

PAPAN LAPIS @ 'Plywoods'

Terdiri daripada beberapa lapisan kayu nipis yang digam melintang 
antara satu sama lain dengan bilangan angka ganjil seperti 3, 5, 7 dsb.
Saiz pasaran - 3'X6', 3'X7', 4'X8'.
Mempunyai pelbagai ketebalan - 3 mm hingga 32 mm.
Kegunaan :
Digunakan untuk membuang dinding rumah.
Digunakan dalam proses membuat kotak tiang rumah.
 

BREKET RAK @ 'Shelf Bracket'

Pelbagai saiz - 6"X8", 8"X10", 10"X12", 12"X14" dll.
Kegunaan :
Digunakan untuk membuat/meletakkan  rak pada dinding kayu atau simen.

KIT PEMASANGAN KUNCI @ '2-PCS INSTALLATION KIT

Mengandungi pembuat lubang kunci (saiz 2 1/8"), 
mata gerudi kayu (saiz 7/8") dan sebatang 'Allen Key' (saiz 5/32").
Kegunaan :
Digunakan untuk memudahkan pemasangan kunci pada pintu kayu.

Monday, March 7, 2011

MATA PEMOTONG KAYU

Mata pemotong dihasilkan daripada tungsten karbida (TCT).
Kegunaan :
Dipasang kepada mesin pemotong untuk memotong kayu.
Cara Penggunaan :
  1. Pemasangan mata pemotong mestilah dilakukan secara berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kerosakan pada hujung mata karbida.
  2. Bersihkan mata pemotong daripada agen pengaratan, minyak, habuk dsb.
  3. Hujung karbida amat keras dan tahan lama namun elakkan sebarang calar pada matanya.
  4. Biarkan mesin pemotong mencapai halaju yang dikehendaki sebelum memulakan pemotongan. Lakukan pemotongan dengan berhati-hati.
  5. Elakkan memotong dengan mata pemotong yang tumpul. Dapatkan bantuan pakar untuk mengasah mata pemotong.

SKRU

Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum atau loyang.
Panjangnya ditentukan oleh bahagian yang masuk ke dalam kayu/logam.
Jenis skru - skru kepala bulat dan skru benam.
Kegunaan :
Skru kepala bulat digunakan untuk mencantumkan bahan berasaskan kayu serta proses memasang engsel dan breket dan bentuk kepalanya yang timbul digunakan sebagai hiasan.
Skru benam digunakan untuk mencantumkan bahan projek berasaskan logam.

Sunday, March 6, 2011

GERGAJI PAPAN DINDING @ 'Wall Board Saw'

 Kegunaan :
Digunakan untuk membuat lubang untuk kerja-kerja pendawaian elektrik, perpaipan dan pengudaraan.
Boleh digunakan pada papan plaster, asbestos, konkrit poros, papan, papan lapis dll.

Saturday, March 5, 2011

SESIKU L

Saiz sesiku ditentukan oleh panjang bilahnya.
Kegunaan :
Menentukan kedudukan sudut tegak.
Menguji kepersegian.
Membuat garisan bersudut tegak.
Menguji kerataan permukaan kayu.

GERGAJI TANGAN

Saiz ditentukan oleh bilangan gigi setiap 25 mm.
Terdapat dua jenis gergaji iaitu jenis memotong dan jenis membelah.
Jenis gergaji ditentukan berdasarkan kecondongan gigi gergaji.
Biasanya pada sarung gergaji terdapat gambarajah yang menunjukkan jenis gergaji tersebut.

Kegunaan :
Mengerat atau membelah kayu.
Gergaji membelah digunakan untuk memotong kayu secara selari dengan ira kayu.
Gergaji memgerat digunakan untuk memotong kayu pada sudut tegak dari ira kayu.
Bilah gergaji juga boleh digunakan untuk membuat garisan.
Sudut pada hulunya boleh digunakan untuk membuat sudut tegak.
 Gergaji Mengerat
 Cara membuat garisan bersudut tegak menggunakan hulu dan bilah gergaji.

Friday, March 4, 2011

KIKIR PARUT

 Saiz ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotong.
Kegunaan :
Meratakan dan membentuk lengkuk pada penjuru kayu.

Thursday, March 3, 2011

KERTAS LAS/PASIR - KAYU


Diperbuat daripada bahan jati seperti kayu api, gernet, kaca atau 
bahan tiruan iaitu silikon karbida dan aluminium oksida.
  Gred Kertas Las :
00 (paling halus); 0 dan1 (halus); 1 1/2 dan 2 (sederhana kasar); 2 1/2 dan 3 (kasar).
Kegunaan :
Digunakan untuk membersih, melicin dan menghilangkan kesan cacat atau tanda kecil pada permukaan kayu.

Cara Penggunaan :
  1. Gosok permukaan kayu dengan menggunakan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu.
  2. Naikkan urat kayu dengan membasahkan permukaannya menggunakan perca kain yang basah.
  3. Gosok kayu mengikut arah urat kayu.
  4. Bersihkan permukaan kayu dengan berus atau kain.

Friday, December 3, 2010

PENSEL PENANDA


Perlu diasah sebelum digunakan.

Kegunaan :


Menanda pada permukaan kayu atau konkrit.


PAHAT


Saiz ditentukan oleh lebar matanya.
Saiz biasa 1/2", 3/4"dan 1"


Kegunaan :
Meraut dan menatal tanggam serta membersihkan bucu tanggam.
Membuat lekukan atau lubang kecil pada permukaan kayu.