Wednesday, November 21, 2012

KHIDMAT SEMASA DAN SELEPAS JUALAN

Sampaikan maklumat yang betul berkaitan barangan yang anda jual. Kongsikan pengetahuan anda berkaitan cara membaikpulih dan sebagainya dengan pelanggan. Berikan juga solusi untuk setiap masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Bermanis muka dan ramah sentiasa semasa berurusan dengan pelanggan.

Pastikan setiap barangan yang dijual berada dalam kondisi yang terbaik. Jika ada sebarang kerosakan kecil seperti karat dan kemek, pastikan anda maklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan anda. Jika mereka bersetuju untuk menerima kekurangan barangan tersebut maka kenakan harga yang lebih murah. Jika pelanggan menolak untuk membeli barangan tersebut, anda harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Sekurang-kurangnya anda telah berlaku jujur.


Anda perlu pastikan setiap barangan yang anda jual berfungsi dengan baik dengan menguji barangan tersebut di depan pelanggan. Khidmat selepas jualan juga perlu dititik beratkan. Seandainya barangan dikembalikan kerana berlaku kerosakan akibat kecuaian pembuatan di kilang, anda harus menggantikan barangan tersebut dengan barangan yang baru. Anda boleh mengembalikan barangan ini kepada pembekal untuk mendapatkan barangan gantian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.