Bahan/Peralatan :
Cat Besi
Berus Cat 1"@1 1/2" (bergantung kepada corak pagar)
Pelarut Thinner
Pelarut Turpentine
Reja Kain
Sarung Tangan Kain
Pengikis Cat/Scraper
Kertas Pasir Besi
Pemutar Skru
Surat Khabar
Batang Kayu/Besi
Cara Mengecat :
- Gunakan surat khabar untuk mengalas tempat kerja.
- Pakai sarung tangan kain untuk keselesaan dan mengelakkan cat dari tertumpah pada tangan.
- Pastikan permukaan pagar bebas dari karat, kotoran dan lapisan cat lama yang merekah.
- Gunakan pengikis cat ataupun kertas pasir besi untuk melicinkan permukaan.
- Gunakan pemutar skru untuk membuka sekeliling penutup tin cat.
- Kacau rata larutan cat dengan menggunakan batang kayu/besi.
- Jika larutan terlalu pekat, tambahkan pelarut thinner dan kacau rata larutan. Larutan cat yang terlalu pekat akan menyukarkan proses penyapuan cat pada permukaan pagar.
- Jika larutan cat menjadi cair selepas dicampurkan thinner, biarkan sebentar pada suhu sekitar. Ini kerana larutan tersebut akan kembali pekat setelah pelarut thinner tersebut meruap ke udara. Kacau kembali untuk mendapatkan larutan cat yang sekata.
- Celupkan 1/4 bahagian bulu berus pada larutan cat dan sapukan pada permukaan pagar. Jika larutan cat kembali pekat, tambahkan pelarut thinner. Kaedah ini juga dapat menjimatkan kuantiti cat yang diperlukan.
- Biarkan lapisan pertama kering sebelum menyapu lapisan kedua untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
- Gunakan pelarut turpentine untuk membersihkan berus dan bahagian yang terkena cat. Jangan rendam sahaja berus di dalam pelarut kerana ia boleh merosakkan berus sebaliknya keringkan dengan menggunakan reja kain. Kemudian, basuh berus dengan air dan keringkan secara menggantung berus tersebut sebelum ia boleh disimpan untuk kegunaan akan datang. Pelarut thinner juga boleh digunakan tetapi ia akan mendatangkan rasa yang kurang selesa apabila terkena kulit.
Cat kilat juga boleh digunakan untuk mengecat pagar besi tetapi sapuan cat tidak dapat bertahan lama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.